Saturday, 18 January 2025

JIMAT MASA

Dah masuk tahun ke-14 saya menulis di blog kerajaanemas.com

Terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi singgah ke blog kuno ini.

Ahakss...

Buat rakan-rakan baru, atau mungkin adik-adik yang baru habis SPM dan tak tahu nak buat apa, boleh belajar dari basic cara membuat simpanan emas BACA DISINI

"ANDA JIMAT MASA TANPA PERLU MENGKAJI SEHINGGA 10 TAHUN UNTUK BELAJAR TENTANG SIMPANAN EMAS FIZIKAL"

Kalau ada soalan lain, boleh terus WhatsApp abang KLIK DISINI

Nombor handphone abang tak pernah tukar dari dulu, kini dan selamanya.

InsyaAllah.

"Selamat Tahun Baru 2025"

Adzlan Yusuf,

Top of Europe, Switzerland.




Friday, 31 May 2024

JOM JUAL EMAS TERPAKAI ANDA!


“Kami bukan sahaja menjual emas fizikal tetapi kami juga membeli emas terpakai yang sudah rosak!”

Tak kisah jenama apa dan kondisi macam mana sekalipun; calar, patah, putus, kemek atau bengkok, Public Gold beli pada harga tinggi dan dapat TUNAI ON THE SPOT!

Khusus untuk barang kemas lama dan emas JENAMA LAIN selain Public Gold sahaja. Emas jenama Public Gold, SOP jualan semula seperti biasa.

Sebelum datang, pastikan tuan/puan telah mendaftar ID secara online untuk memudahkan urusan:

Langkah 1 - Daftar akaun secara PERCUMA disini [KLIK DISINI]

Langkah 2 - Datang ke cawangan Public Gold terdekat dan tunjukkan bukti pendaftaran.

Kalau nak WhatsApp admin [KLIK DISINI]

Bantuan lanjut:
Admin (016-861 5184)

Wednesday, 3 January 2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024

Pakar Kewangan No.1 Malaysia, Tuan Azizi Ali beberapa kali telah menulis (sejak 3 tahun lepas) tentang fakta bahawa zaman kegemilangan ASB memberikan pulangan melebihi 8% setahun sudah berakhir. Ternyata beliau betul (dividen ASB berlegar-legar sekitar 4-5% sahaja).

Maksud kepada tulisan beliau bukanlah meminta kita mengeluarkan semua simpanan ASB. Tetapi sudah sampai masanya kita mempelbagaikan simpanan dan “ofcoz” pilih tempat yang boleh memberikan keuntungan lebih tinggi.

Admin sendiri konsisten sejak 2011 menulis tentang kelebihan emas fizikal adalah simpanan jangka masa panjang.

Namun…

Dengan prestasi harga emas yang naik hampir 20% tahun lepas, ini adalah petunjuk bahawa simpanan emas bakal memberikan senyuman berpanjangan!

InsyaAllah.

“SELAMAT TAHUN BARU 2024”


Hokkaido, Japan. 



Friday, 8 September 2023

Award Recognition Night (ARN) 2023

Salam Sayang SEMUA,

Lama tak update blog. Admin masih aktif berkongsi ilmu simpanan emas, cuma sekarang lebih kerap bersiaran di media sosial sahaja. Jemput follow nanti :


Alhamdulillah... 
Baru-baru ini admin dapat hadiah percutian percuma ke Hokkaido, Japan pada Award Recognition Night (ARN) 2023. Ini adalah bonus bagi admin (dapat tajaan percutian VVIP). Terima kasih seluruh keluarga Public Gold.

Sebagai Public Gold Business Owner (PGBO), saya berasa sangat gembira apabila berjaya mendidik orang ramai untuk memiliki simpanan emas yang betul dan patuh syariah (bebas dari skim cepat kaya). Public Gold sudah beroperasi lebih 15 tahun dan sekarang merupakan pengeluar emas terbesar di Malaysia.

Bagi yang belum memiliki simpanan emas fizikal, cepat-cepat WhatsApp admin ditalian 016-861 5184. Dah lebih sejuta rakyat Malaysia memiliki Akaun Emas GAP, takkan nak tunggu harga emas RM500/gram baru nak MULA bossku?

Boleh juga KLIK DISINI kalau nak dapat respon yang pantas dari admin.

Jumpa lagi!

Saturday, 15 October 2022

SALAM DARI DUBAI

 

Salam sayang. Semalam admin terima WhatsApp bertanyakan, blog kerajaanemas.com masih wujud?

Ye, masih wujud bossku. Cuma admin sangat busy dan kali terakhir blog ini diupdate pun pada Mac 2021. Maaf kalau kalian masih kerap berkunjung ke sini tapi tiada update terkini.

Boleh terus ke facebook Public Gold Sabah untuk info semasa tentang bisnes emas, KLIK DISINI.

Lama dah tak travel ke luar negara (sejak Covid-19), umur pun tak tahu Allah pinjamkan sampai bila. Alhamdulillah... Masih berpeluang untuk menggandakan amal ibadat.

Di belakang admin, bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa (828 meter). Dalam bangunan ini terdapat lif paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat (64 km/jam). Bahagian luar bangunan Burj Khalifa disadur dengan aluminium dan keluli tahan karat serta direka dengan suhu tahan panas melampau Dubai.

Begitulah hebatnya bangunan tertinggi dunia ini. Tanpa binaan yang kukuh, sudah pasti ia tidak mampu bertahan. Sama macam dalam bisnes, kita wajib persiapkan diri kita dengan ilmu supaya boleh bertahan lama. 

P/s: Kalau ada yang nak belajar bisnes emas, boleh terus WhatsApp admin ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI.

Ok, InsyaAllah nanti admin sambung cerita di Dubai dan Abu Dhabi. Jumpa nanti.

Sunday, 21 March 2021

HARGA EMAS TURUN APA NAK BUAT?


“Harga emas turun, Dr. Aldasir semakin berselera tapau!”

Harga emas TURUN apa nak buat?
Gunakan teknik pemurataan atau dikenali sebagai “cost averaging technique". Sebagai pelabur dan penyimpan emas teknik kos pemurataan sesuai digunakan untuk meminimumkan kos belian emas pergram dan kaut keuntungan jangka masa panjang.

Secara umum dalam jangkamasa yang PANJANG, harga emas akan NAIK. Dalam jangkamasa PENDEK pula situasi harga emas akan ada TURUN dan NAIK.

Bagaimana teknik kos pemurataan boleh membantu?

Admin bagi contoh simulasi bagi yang memiliki akaun emas GAP

1. Katakan buat belian emas 1 gram pada harga:
RM256
RM270
RM304 (Harga tertinggi GAP)
RM300

2. Purata kos 1 gram (akaun emas GAP) yang dibeli adalah:
RM256 + RM270 + RM304 + RM300 = RM1,130
RM1,130 bahagi 4 = RM282.50

3. Jadi, jumlah keseluruhan modal yang dikeluarkan untuk beli 1 gram emas hanyalah RM282.50 sahaja.
  • Konsisten beli setiap bulan atau beli bila dapat duit gaji, anda akan dapat harga purata yang lebih rendah!
  • Konsisten simpan emas adalah WINNING FORMULA paling kuno, tapi ia diyakini berkesan.
“Penyimpan emas fokus pada jumlah GRAM yang disimpan, bukannya HARGA. Bila harga turun, jumlah GRAM emas tidak berkurang walau 0.0001 GRAM pun dari akaun emas GAP”

P/s: Teknik averaging down atau cost averaging technique boleh juga digunakan untuk items lain seperti emas jongkong dan dinar.

WhatsApp admin KLIK DISINI

Saturday, 9 January 2021

ZAKAT EMAS

 

Jongkong emas jenama Public Gold

Zakat merupakan amalan yang dapat menyucikan diri dan harta yang dimiliki. Dalil kefardhuan ibadah zakat ini diantaranya adalah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat” (Surah An-Nur 24:56)
Dulu abang terkejut juga, bila ada yang tak nak simpan emas sebab takut bayar zakat. Buat abang lebih geram, baru nak beli 1 gram dah nak elak zakat.
Aduii...
Ini bukan cerita dongeng, tapi memang banyak kali berlaku.
Kawan,
Beli dan simpan emas 1 gram (tak perlu bayar zakat lagi).
Jika nilai emas bersamaan atau melebihi nisab 85 gram maka wajib dikeluarkan zakat 2.5% daripada nilai emas keseluruhan.
Contoh
Berat emas disimpan = 100 gram
Harga emas 1 gram = RM185 (contoh)
Nilai emas keseluruhan = RM18,500
Zakat
RM18,500 X 2.5%
= RM462.50
**Contoh kiraan sahaja. Sila berhubung dengan bahagian zakat dan fitrah (MUIS) ditalian 088-279 206 untuk pertanyaan lanjut.
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk” (Surah Al - Baqarah 2:43)


P/s: Khamis lepas, abang singgah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) tunaikan kewajipan zakat emas. Alhamdulillah dapat lagi PERCUMA 3 set YASSIN dan payung oren.

Jom kawan-kawan yang baru belajar simpan emas, letak azam bayar zakat emas pada masa depan!
Semoga berjaya semua. InsyaAllah.

Artikel ini dari tulisan facebook Adzlan Yusuf (klik follow)

Pertanyaan lanjut WhatsApp admin 016-861 5184 atau KLIK DISINI