Saturday, 12 May 2012

Bagaimana Menjana Keuntungan Lumayan Dengan Emas – Versi filem 3 Abdul

Okie… ceritanya lebih kurang macam kisah 3 Abdul – cerita P Ramlee tu… tapi versimodified.

3_abdul
Sudah bersedia? :)

Kisah 3 Abdul dan 100 Dinar.

KISAH ini berlaku di Isketambola.  Ahli perniagaan yang terkenal, Ismet Ulam Raja, mempunyai tiga anak lelaki – Abdul Wahab, Abdul Wahib, dan Abdul Wahub.

Pada suatu hari, Ismet Ulam Raja memanggil ketiga-tiga orang anaknya.
“Wahai anak-anakku Abdul Wahad, Abdul Wahib dan Abdul Wahub”.

” Ya bapak” ,  jawab mereka serentak.

“Minggu depan bapak akan sambut birthday yang ke 80. Jadi bapak ingin memberi hadiah kepada kamu. Bapak akan kasik kamu semua seorang 100 dinar”. Ini kerana bapak bersyukur pada tuhan kerana memanjangkan usia bapak.. hahahahaha…” ketawa si Ismet Ulam Raja dengan gembira.

“Kamu semua bebas untuk membuat apa sahaja dengan dinar ini. Tapi ingat! bapak nak tengok anak-anak bapak pandai guna hadiah daripada bapak nie”.

“Yahoo!… bestnyer… terima kasih bapak!…”  jerit mereka bertiga.

Kemudian Ismet Ulam Raja pun memberikan 100 dinar kepada Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.
dinar
Maka mereka pun ambil sorang 100 dinar seorang :)
Apa yang berlaku selepas itu? Mari kita tengok satu persatu apa yang dilakukan oleh Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

1 . Cerita Abdul Wahab.

Abdul Wahab rasa sangat gembira mendapat 100 dinar tu.. dalam hatinya berkata “Wah.. aku kaya… bestnyer. Aku boleh joli sakan. Maka Si Abdul Wahab pun joli sakan… beli kereta, beli baju.. pergi night club, berfoya-foya… Cukup sebulan habislah duit 100 dinar tu.

2. Cerita Abdul Wahib.

Si Abdul Wahib nie pun gembira dapat duit 100 dinar tu. “Wah! pokcik kaya… katanya di dalam hati”. Memandangkan Abdul Wahib nie seorang yang kedekut maka dia ambil keputusan untuk menyimpan dinar-dinar nie di dalam peti besi. Maklumlah, takut hilang. Nak belanja pulak takut abis… Abdul Wahib simpan ajer dinar-dinar ini dan tutup peti besi tu… Jadi, bapak kasik 100 dinar..maka tetap tinggal 100 dinar jugak.

3. Cerita Abdul Wahub

Abdul Wahub – anak ketiga Ismet Ulam Raja adalah yang paling pintar kepala otaknya. 100 dinar tersebut digunakan untuk membuka ladang kambing. Abdul Wahub beli 60 ekor kambing (30 pasang), buat kandang dan mengupah 2 orang pekerja.

kambing
Abdul Wahub: dapat dinar terus buka ladang kambing.

Abdul Wahub tahu kambing nie cepat beranak… selepas itu dia boleh start jual daging kambing, susu kambing, bulu kambing, anak kambing dan baja tahi kambing.

Wah! semua tu mendatangkan pendapatan lumayan kepada Abdul Wahub.
“Hehehehe..pokcik kayo… jerit hati Abdul Wahub.. nanti bisnes kambing ana akan besar..kambing ana makin banyak.. untung ana makin tinggilah :) ”

Akhirnya.. Abdul Wahub jadi kaya-raya dengan menjadi saudagar kambing.

Apakah kesimpulan daripada cerita diatas?


Daripada cerita diatas, kita akan mendapati rahsia menjana keuntungan lumayan dengan emas sebenarnya bergantung kepada ilmu anda mengenai emas.Keyword: your knowledge will make money for you.

Yang lebih penting ialah apa yang anda tahu tentang emas.
Seperti cerita diatas:
1. Dinar jika dibelanjakan maka ia akan habis.
2. Dinar jika ia disimpan sahaja ia tetap tinggal 100 dinar.
3. Dinar + kepintaran kewangan = lebih banyak dinar.

golden_mind
Semakin banyak yang anda tahu tentang emas, semakin banyak teknik-teknik yang anda boleh gunakan bagi menjana keuntungan.

 Kepentingan emas + ilmu yang betul.


Sumber : Admin jutawanemas

Friday, 11 May 2012

Beli Emas Public Gold dengan Easy Payment Purchase (EPP)

(Sumber : Admin PGS)
Hukum membeli emas secara ansuran 
Kitab Al Muwatta’ :
Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, ” Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia  pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu.” Rama ialah riba.
Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu’z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum.”Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Menyembunyikan  emas dan perak daripada pengedaran  adalah  sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan  diatas muka bumi.”
Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :Pertukaran EMAS dengan EMAS & PERAK dengan PERAK mestilah
  1. Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).
  2. Mesti ‘Taqabud fil hal au majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).
  • Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.
  • Bagi yang memahami asal usul wang kertas, tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum – hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu.
  • Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.
  • Wang kertas bukan emas, jadi hukumnya harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.
Wallahu’ alam.
Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah
Sumber: Dinar2dirham.com
Ok, saya bagi contoh pengiraan pembayaran EPP dengan Public Gold…..
Jika pembeli membeli ingin membeli Bar emas 10gram…
            Harga sekarang         = RM1,885.00
            Admin fee 0.5%          = RM9.43
            Bayaran ansuran  pertama      = RM471.25 + RM9.43
            Bayaran bulanan kedua dan seterusnya = RM471.25
  • Jadi pada bulan pertama, iaitu bulan pembelian dibuat, pelanggan hanya perlu membayar amaun sebanyak
    • RM471.25 + RM9.43 (admin fee) = RM480.68
  • Bulan berikutnya, pelanggan hanya perlu membayar RM471.25 sahaja.
  • Setelah pembayaran selesai dibuat, barulah pihak Public Gold akan memberikan emas kepada anda..
  • Mudah kan??? Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban pelanggan yang berminat membeli emas…
Soalan famous:
  1. Katakan saya nak bayar separuh pada bulan pertama dan kemudian separuh lagi pada bulan kedua.. Boleh tak
    Jawapan: Boleh. Tiada masalah.
        
     2.  Bila saya akan dapat emas jika saya guna kaedah EPP ni?
     Jawapan: Setelah settle payment baru dapat emas yang anda beli ini.

     3.  Kalau saya nak beli silver bar boleh tak pakai EPP ni?
    Jawapan: Boleh. Tiada masalah.

Harga Emas di Malaysia dan Dunia

Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia. Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. 

Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan. Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyer :)

Gambar: Harga kat kedai emas lambat berubah.. kekadang ambil masa berminggu-minggu.  
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali. Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.


Harga emas bukan harga kawalan.

Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza. Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi.

Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa. Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini.

Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).


Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual diatas, adalah lebih baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.

Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.

Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:

1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.

Mari kita lihat dengan terperinci:

Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.

USD makin lemah, RM semakin kuat.

Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak :)
Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.

Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)

Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini:

1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com
2. Dapatkan kadar pertukaran USD – RM di laman web Bank Negara Malaysia.

Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html

Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).

Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.


Selepas itu kita boleh buat pengiraan:

Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram
= RM3850.39 / 31.1 gram
= RM123.80 / gram

Jadi, harga spot gold emas ialah RM123.80 segram.

(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)

Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya :

1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products 
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i

Harga barang kemas di Malaysia.



Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my sebagai panduan.

Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.

(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)


Monday, 7 May 2012

Apa Itu SPREAD?

       

Diantara Ilmu Asas dalam pelaburan emas adalah mengetahui apa itu “Spread”. 

Semakin kecil spread semakin cepat anda menjana keuntungan. Tak faham? 

Saya bagi contoh yang lebih mudah, spread adalah perbezaan diantara harga: 

PG Sell - Harga Public Gold jual kepada pelanggan
PG Buy - Harga Public Gold beli semula dari pelanggan

Untuk belian emas Public Gold rujuk PG Sell dan untuk urusan jualan semula rujuk PG Buy. Ilmu asas dalam pelaburan emas sangat mudah, bila anda beli emas pada harga PG Sell - bermula dari tarikh belian emas tersebut monitor harga PG Buy.

Selepas harga belian terdahulu mengatasi harga PG Buy bermakna anda akan mendapat keuntungan jika jual semula kepada saya atau Public Gold. Mudah!


Formula kiraan spread: Rujuk harga 250 gram
PG Sell - PG Buy / PG Sell X 100
41,335 - 39,268 / 41,335 X 100 = 5%


Percaya atau tidak, selepas ini sekiranya anda pergi ke kedai emas cuba tanya kepada penjual:
  • Jika beli hari ini, tanya berapa harga belian semula untuk esok?
  • Jika emas LBMA yang telah dibuka sarung, tanya berapa spread?
Saya pernah jumpa  kedai emas yang tolak harga bermula dari 20%. Jika anda celik emas anda bebas dari mengalami kerugian berganda-ganda ini.

Harga belum termasuk kos upah dan lain-lain (Jun 2012)
Lihat gambar diatas - Kedai emas biasanya tidak mempamerkan harga belian semula. Dalam ayat yang lebih mudah spread atau harga belian semula kedai emas adalah "ikut suka" tauke kedai. 

Jika tauke nak tolak 25%, maka anda terpaksa terima sahaja sekiranya memerlukan tunai segera.

Jom kita tengok apa soalan-soalan popular tentang spread yang saya biasa terima:

1. Saya pernah beli emas jenama X, dimanakah tempat jualan semula untuk mendapatkan keuntungan?
Ini soalan mudah. Contoh jika kita beli emas dari poh kong, jual semula kepada poh kong. Begitu juga jika beli dari habib, jual semula kepada habib. Mudahkan?

2. Tapi saya masih tidak untung walaupun beli dari kedai X dan jual semula kepada kedai X?
Anggap saja kesilapan lalu sebagai yuran pembelajaran. Bawa emas jenama X anda ke cawangan Public Gold terdekat. Bandingkan dengan harga belian kami. Jika kami menawarkan harga yang lebih tinggi jual semula kepada kami. Jika sebaliknya, anda boleh jual semula kepada kedai X. 

3. Dulu saya beli jenama X sebab tak tahu tentang Public Gold. Syarikat baru ke ni?
Jenama Public Gold telah berada dipasaran sejak 2008. Public Gold satu-satunya syarikat jual beli emas yang memiliki sijil patuh syariah di Malaysia.

4. Adakah Public Gold mengenakan bayaran workmanship dan GST?
Tiada bayaran kos upah atau workmanship untuk belian emas Public Gold.

Sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015, semua kategori emas dikenakan GST. Hanya emas yang berada didalam kategori emas pelaburan – Investment Precious Metal (IPM) dikecualikan. Emas (IPM) seperti gold bar, coin, nugget yang berketulenan 995 keatas dan mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA) dikecualikan GST. Bermula Februari 2016, pengimport akan dikenakan GST jika gagal memastikan emas tersebut untuk tujuan pelaburan walaupun emas tersebut mendapat akreditasi (LBMA). 

Buat masa ini, satu-satunya emas yang diimport dan bebas GST di Malaysia hanyalah emas Public Gold!

Artikel Dikemaskini : 1 Disember 2016

Pertanyaan lanjut:
Adzlan Yusuf
Star Master Dealer (PG008610)
016-8615184

Ingin belajar ilmu emas dengan pantas?
Dapatkan eBook terbaru PANDUAN PANTAS EMAS [KLIK DISINI]



Tuesday, 1 May 2012

PUBLIC GOLD (KOTA KINABALU)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Hari ini saya nak kongsikan berita yang sangat menggembirakan terutama sekali buat Warga Sabah. Seperti yang saya janjikan kepada anda sebelum ini (penghujung tahun 2011) saya telah berusaha mencadangkan lokasi bagi pembukaan cawangan Public Gold di Kota Kinabalu, Sabah.

Alhamdulillah, akhirnya lokasi yang saya cadangkan pada tahun lepas telah dipersetujui & diluluskan. Terima Kasih kepada Dato’ Louis Ng & Public Gold. Tidak lupa kepada General Manager Public Dinar ; Mr. Syukor Hashim yang telah bersama-sama saya sebelum ini meninjau tapak cadangan & menyokong penuh lokasi berkenaan sebelum diluluskan. Lokasi Public Gold (Kota Kinabalu) terletak di Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st & 2nd Floor, Lorong Plaza Permai 1, Jalan Sulaman – berhadapan 1 Borneo Hypermall, sebaris Maybank Alam Mesra.

Buat Warga Sabah, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi Agen/Pengedar terawal di Sabah bagi produk keluaran Public Gold. Untuk keterangan lanjut bagaimana untuk menjadi Pengedar Public Gold sila hubungi saya ditalian             016-8615184      

Branch K.Kinabalu bakal beroperasi dalam masa terdekat - sedang dalam proses  "renovation".