Jika anda adalah pengikut setia blog
saya dari awal pembabitan dalam dunia Emas Fizikal, ini hanyalah topik ulangan.
Sengaja kasi refresh untuk rakan2
baru agar agar membuat pilihan yang lebih tepat dalam apa2 jenis pelaburan. Utk
sesi ini, saya kongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengetahuan tak
seberapa saya yang suka ambik tahu pasal pelaburan.
1) Labur Dalam Bank.
Ni pun kira melabur, paling
senang, duit gaji anda guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap
bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia
adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR
– 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah labur kat bank laaa.
2) Labur Dalam Koperasi
Macam2 koperasi ada (polis,
tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh
selamba2 masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. Setahu saya koperasi yang bagi return tinggi ialah koperasi felda dan off course koperasi
bank rakyat dgn dividen 15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada
track record pulangan dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi
advantage boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan
kadar interest yang rendah.
3) Simpan Dalam Tabung Haji
Ni pun bagus, selain boleh dapat
queue untuk pergi haji, pulangan tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s
more, tak payah nak risau pasal zakat kerana Tabung haji dah bayarkan zakat.
Kira OK juga ni...
4) Labur dalam ASB dan produk
PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia)
ASB mempunyai rekod pulangan
paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW pun tinggi dan konsisten jugak. ASN
dan AS1 Malaysia turut beri pulangan yang competitf. Kelebihan ASB dan ASW ni
ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan kemudahan OD ini, saya sangat galakkan
(sebab saya sendiri kalau ada duit lebih simpan jer kt ASB) untuk korang melabur
dalam ASB sampai penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak.
5) Labur Dalam Unit Trust
Yang ni anda bagi duit kepada
syarikat pengurus dana kewanga (mcm public mutual, pru fund mgmt, cimb wealth
advisor), syarikat akan uruskan dengan berberapa peratus charge (biasanya 5.5%)
dari nilai yang anda serahkan. Katakan anda simpan rm100k, pihak unit trust
akan ambik 5.5k dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.
Kalau ikutkan agen2 unit trust,
nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 ke 5 tahun. Obviously
simpan 1 tahun for sure rugi. Actually even after 3-5 year pun belum tentu
pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit
anda tu perform ok la. Rata2 bila saya tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit
trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan .
6) Simpan Dalam Bentuk Emas –
Ada 2 PILIHAN:
i) Buka buku simpanan emas mcm gold investment account, Maybank,
Public Bank atau Kuwait Finance House.
ii) Emas Fizikal - seperti barang kemas (emas perhiasan), jongkong emas
atau dinar. Contoh yang saya boleh bagi adalah seperti Dinar Kelantan or Emas
keluaran "Public Gold". Konsep dia ada harga jualan ada harga belian.
Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram RM100,
harga jualan ialah RM106. Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, anda beli kt
Public Gold harga RM106, esok anda jual balik, Public Gold akan beli dgn harga rm100.
Rugikan? Macam kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long
run harga dia likely akan naik. Nak
buat profit kene tunggu laa harga naik.
Contoh beli pada 1 JAN 2010,
harga jualan RM106
Jual pada public gold 31 DEC
2010, harga belian ialahRM130,
Kira untung RM130 – 106/106 =
24.5% Tengok harga emas jugak. Disadvantage, Takde compound interest. Emas kekal
pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri. Tapi certain pelaburan emas (seperti Public Gold)
ada diberi peluang untuk jadi Dealer yang mana anda boleh dapat komisyen 1-2%
dari harga emas yang anda jual. Memandankangkan saya sendiri Dealer Public Gold
so saya sendiri dah rasa keuntungannya macam mana (paling penting saya nak
keuntungan yang konsisten &
berpanjangan) bukan untung lumayan 2-3 bulan lepas tu gulung tikar.
|
Beli Emas dapat Emas. Bukan dapat kertas atau dividen bulan2 :) |
7) Hartanah
This is what I favour the most.
Robert Kiyosaki, Donald Trump, Milan Doshi ngan Azizi Ali pun recommend untuk
invest dalam property. Property ni termasuk rumah kediaman, shop lot, kilang,
resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa bulanan, normally giving
the right location, harga rumah akan naik dan boleh buat untung bila jual rumah
tu.
Nak invest dalam property modal
kena modal banyak, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam
memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or
agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak tanya judgement orang
yang tak ada kepentingan. Even beli
rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus
naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dah beli, harga
makin tinggi dan lokasi makin jauh. Nak beli property saya suggest simpan
sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk
beli.
Satu perkara lagi, kalau beli
property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu
mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income yang
strong. Risiko property tetap ada, kena tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya
8) Saham
Yang pertama, beli saham beberapa
lot, pegang, tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat, kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual beli,
Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang kena sentiasa alert dgn sentiment harga nak naik,
harga nak turun. Kes pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah.
Yang kedua, lebih kepada knowledge masa harga turun naik, timing and luck pun
penting.
Saham ni high risk high return,
kalau takdak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit
perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dh mula kena laa ready untuk loss the money kalau rugi, tapi kerugian tu akan berguna sebagai
pengajaran
9) CPO – Crude Palm Oil
Saya tak buat lagi, so tak boleh
nak cerita.
10) Forex
Saya dalam kategori orang2 yang
tewas buat benda ni. Ada orang yang
boleh berjaya buat Forex. BANK NEGARA tidak pernah approve FOREX. Semua
kegiatan FOREX berlaku diluar negara... untuk kes saya...saya selalu bank-in duit
guna Western Union, CIMB. Then TT kat
Hong Kong. Mungkin sebab cara promote forex tu kata boleh untung banyak (macam scam jer bunyinyer) dan kisah yang saya dengar ramai gak yang rugi. Macam biasa, high
risk, high return.
11) Bisnes
Ada duit cukup try meniaga ; meniaga kain, meniaga burger. Contoh burger,
modal RM1.50, bleh jual RM2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran.
untung 67% tapi terjual cuma sebijik burger pun tak guna jugak. Rappo baik dgn
pelanggan, burger sedap, bleh jual 1 ratus burger sehari, dah boleh untung
rm100. kalau bisnes 20 hari, tak ker dapat RM2k tu.
12) Beli Tanah
Beli tanah dan buat project,
kalau beli tanah peram jer, likely akan merugikan. Project, project ,project -
jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke, komersial ker. Saya tak aktif lagi
buat benda ni. Kena selalu tanya abang saya “Najib Yusuf” coz dia banyak tanah.
Ehem2..
13) Invest Dalam Insuran
Last but not least, different
league sebenarnya, tapi kita still pasal simpan duit kat sesuatu tempat. For
the first 7 year premium bulanan kita akan terbahagi kepada 2 akaun which is
akaun kalau apa2 terjadi lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira
pulangan at the end, memang compounding interest is less than 1% annual
(seingat aku la coz aku pernah mintak seorang agent simulate kat aku). Tapi,
bukan itu matlamat insuran, it’s a protection, kalau anda mati atau lumpuh, insuran bayar sedebuk kat anda. Nak
tahu lebih lanjut atau ambil insuran, kontek la pejabat-pejabat insuran yang
terdekat.
14) Skim Cepat Kaya
Lastly, jangan masuk skim cepat kaya ataupun penipuan (font menyerlah
dan bold maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan
lebih 15% sebulan dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2
ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu. Kandang
takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak lari. Kalau nak ternak
udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nak usahakan
sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu. Cukup2la kena tipu. Takder jalan pintas nak kaya.
Sekian, sila tambah kalau ada
terkurang, sila betulkan jika saya tersilap. HAPPY INVESTING :))