1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur
kimia dengan simbol Au (Aurum).
3. Nombor atom untuk emas adalah 79.
4. Emas telah dijadikan sebagai
syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun
manusia mula pandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak
bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.
6. Sifat fizikal emas adalah
berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling
lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling
mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau
dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).
10. Emas digunakan sebagai logam
untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua
ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000
ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden,
emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit
dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas digunakan ia tidak
berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas adalah unsur paling
pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang
tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam
lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan
utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah
memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali
pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia,
161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. 1 Ounce (28.35grams) emas
jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter
persegi) ~(57m x 57m).
22. Emas tulen boleh ditempa
sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi
bersama logam-logam yang lain.
24. Aloi yang dihasilkan dari
emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu
lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam
industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat
sinaran Infra-red.
27. Emas tidak bertindakbalas
dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami
proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak
mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter
padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah
kuning metalic.
32. Hanya Emas, Cesium dan
tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
Cesium, 55 |
33. Emas mempunyai tindak balas
berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada
orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang
mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose
boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver
(perak),
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk
isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36.Emas digunakan secara meluas
di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank
negara sama jumlah dengan nilai wang
kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia
adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran
emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan
emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah
tetap.
40. Ketika bermulanya perang
dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan
emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. Selepas perang dunia kedua,
emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
42. Nilai standard emas dan nilai
tukaran terus kepada nilai matawang
telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara
terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas
menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.
44. Emas tulen adalah sangat
lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain
untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi
diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai
24karat (k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan
sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22 karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak
memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa
dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan
oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan
South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia
dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan
99.999% emas.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.