Setelah bercuti panjang pada penghujung tahun lepas & awal tahun ini saya kini kembali sibuk
dengan tugas hakiki. Maaf sebab lama dah tak buat artikel baru untuk rujukan
rakan2. Namun begitu rakan2 yang aktif mengubungi saya sentiasa mendapat
updated. Strategi yang terbaik
sedang dirancang untuk mengembangkan KeRaJaaN EMaS diseluruh
Malaysia, Brunei & Singapura InsyaAllah.
Ok hari ni saya tak cukup masa untuk bercerita banyak, saya akan
teruskan dengan tujuan utama saya buat artikel di hujung minggu yang sangat sibuk
ini untuk menjawab soalan yang berulang2 kali dari rakan2 & Dealer2 baru.
Sebelum anda membeli emas fizikal saya sering tekankan :
*PENTING : Pelaburan/Simpanan emas adalah pelaburan jangka masa
sederhana & panjang. Jika anda merancang untuk beli hari ini & jual esok, saya JAMIN anda RUGI.
Soalan 1 : Sesuai tak beli
emas hari ini?
Ketika artikel ini ditulis harga emas berada pada paras 1590-1599/oz. Harga hari ini sangat murah dibandingkan harga tahun lepas (awal sep 2011) ketika harga puncak 1900/oz. Percayalah bila2 masa harga 1700-1800/oz akan dilalui. Jangan tunggu lagi, beli sekarang!
Graf dibawah menunjukkan kenaikan harga emas untuk tempoh melebihi 10
tahun. Terang & jelas harga emas meningkat & meningkat setiap tahun.
Jawapannya anda beli hari ini, untuk
tempoh jangka masa panjang anda akan
dapat untung. Confirm!!!
Kita tengok pula graf dari 2007 hingga 2012. Jawapannya tetap
sama. Harga emas tetap naik! Untuk jangka
masa sederhana pun anda tetap akan untung!!
Purata tahunan kenaikan harga emas adalah sekitar 20% hingga 30%.
Soalan 2 : Bagaimana dengan
harga emas tahun lepas (2011)?
Ingin saya tegaskan disini mana2 pembeli & pelabur yang beli pada awal Januari 2011 atau sebelum itu & menjual semula emas tersebut
pada penghujung Ogos & awal September 2011 mereka telah mendapat profit
keuntungan sekitar 40% (macam jadi pelaburan masa yang singkat pulak). Inilah
situasi Dealer, Pelabur & Pembeli emas pada masa tersebut :
1. Pelabur yang nak dapatkan keuntungan terus menjual banyak ketika
harga puncak. Jadi mereka dapat keuntungan yang banyak.
2. Sesetengah pelabur jual sedikit sebab yakin akan naik lebih banyak
lagi dalam masa terdekat (skill selamat), jadi jual sedikit dapatlah sedikit
keuntungan.
3. Sesetengan pelabur langsung tak jual sebab merasakan akan naik
lebih tinggi dari harga masa tersebut. So kasi peram la dulu emas tersebut
hingga hari ini (skill peram).
Soalan 3 : Kita lihat dari
sudut yang berbeza ; Apa pula terjadi kepada Pelabur2 yang baru nak mula membeli
Emas Fizikal? (membeli ketika harga puncak awal september 2011).
Disebabkan semua media massa, tv, surat khabar, radio & kawan2
bercerita tentang kenaikan harga emas yang melampau2 pada ketika itu jadi mereka ini telah pun
membuat keputusan untuk melabur dalam
emas juga (melabur sebab nak dapatkan keuntungan yang singkat). Maklumlah
ketika itu peningkatan harga adalah yang
tertinggi dalam sejarah emas dunia! Saya sendiri pun teruja pada waktu
tersebut. Target adalah beli, kemudian harga emas terus naik lagi & terus
dapat keuntungan.
Sebenarnya mereka ini tidak
membuat keputusan yang salah, inilah kelebihan menyimpan emas. Namun jika
pelabur2 & pembeli2 baru ini tidak memiliki ilmu tentang emas yang mencukupi mereka akan
beranggapan bahawa pelaburan emas adalah merugikan. Sebelum itu cuba anda lihat
balik jawapan kepada soalan 1 diatas. Terang2
sudah dinyatakan “untuk tempoh jangka masa
panjang anda akan dapat untung. Confirm!!!”
Soalan 4 : Jadi
Pelabur/Pembeli yang beli emas pada bulan September 2011 rugilah sekarang?
Ya. Rugi jika mereka dah jual balik. Tetapi tidak rugi jika mereka masih simpan emas2 tersebut di safe
deposit. Simpan pun tak sampai setahun lagi, sabar lah dulu. Itulah awal tahun
2011 saya suruh beli tak nak. Mahu juga tunggu bulan 9, Hehehe...
Soalan 5 : Bos, boleh tak
jadikan pelaburan emas fizikal dalam masa yang singkat boleh mendapatkan
keuntungan & dijadikan pasif income?
Aiseh.. mentang2 soalan bonus terus ada “Bos” kat depan. Jawapannya BOLEH. Cuma syaratnya anda kena jadi
Dealer atau Tauke Emas dulu. Jika anda hanya sebagai pembeli atau pelabur anda cuma
mengharapkan keuntungan pada kenaikan harga emas. Last2 harga emas tak naik2
jadi labu peram la emas anda. (gurau2 yer...)
Soalan 6 : Macam mana nak
jadi Dealer?
Ni soalan paling senang. Call/SMS saya 016-8615184 atau klik bahagian SENARAI DEALER diatas. Lepas anda jadi Dealer saya akan
bimbing anda sampai boleh buat duit dengan Pelaburan/Perniagaan
Emas Fizikal.
Kesimpulan :
- Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang & sederhana.
- Dengan ilmu emas yang kukuh anda mampu menjadikan pelaburan emas sebagai pelaburan sederhana & singkat.
- Jika anda serius untuk menjana pendapatan melalui pelaburan emas pilih syarikat berdaftar yang betul, jauhi skim cepat kaya.
Sebagai bayangan bagaimana menjana keuntungan dalam jangka
masa sederhana & singkat, saya tinggalkan anda dengan harga emas dibawah. Jumpa lagi !!
Perbandingan harga emas ketika harga puncak Sep 2011 sehingga 6 Jul 2012 |