Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat, ceria & gembira adanya.
Baiklah, disini saya ingin berkongsi Laporan Panduan Pelaburan Emas Tahun 2013 (Gold Investing Guide 2013)
Baiklah, disini saya ingin berkongsi Laporan Panduan Pelaburan Emas Tahun 2013 (Gold Investing Guide 2013)
Laporan ini ditulis di dalam bahasa Inggeris dan sangat membantu jika anda ingin mengetahui hala tuju pelaburan emas untuk tahun 2013 dan seterusnya.
Secara ringkasnya:
- Majoriti penganalisis daripada bank terkemuka seperti Bank Of America, Goldman Sachs, Barclay Capital, BNB Paribas dan UBS menjangkakan harga emas akan meningkat antara USD1800/Oz ke USD1900/Oz
- Prestasi
harga emas tahun 2012 diterangkan secara panjang lebar (mukasurat 3)
- Krisis
zon Euro dijangka akan menjadi pemangkin kenaikan harga emas
- Masalah
Amerika Syarikat – Beban hutang yang meningkat, cetakan wang dan kadar
faedah yang rendah akan mendorong harga emas naik (mukasurat 4)
- Pembelian
emas oleh bank-bank pusat di seluruh dunia akan memainkan peranan di dalam
kenaikan harga emas. Ini kerana kebanyakan bank pust di seluruh dunia
ingin memperbagaikan rizab mereka selain dari US Dollar yang dilihat tidak
stabil.
Faktor-faktor yang terhampir yang boleh memberikan kesan
positif terhadap harga emas adalah :
- Masalah
Geopolitik – Masalah ketidakstabilan politik yang berlaku di Timur Tengah,
Iran, Afghanistan, Pakistan, Syria boleh menyebabkan harga minyak naik
mendadak. Apabila harga minyak naik mendadak, biasanya harga emas turut
serta naik.
- Peningkatan
permintaan penghantaran emas fizikal di COMEX (Comodity Futures Exchange)
boleh menyebabkan kekurangan bekalan emas fizikal. Ini boleh menyebabkan
peningkatan harga emas fizikal.
- Emas dikenali sebagai aset selamat. Ia mengekalkan nilainya semasa krisis kewangan tahun 2009 dan telah menunjukkan peningkatan harga sehingga tahun 2012. Pada masa ini, pelabur-pelabur menunjukkan keresahan terhadap pasaran bon dan hutang negara. Di dalam kitaran pelaburan, apa yang mungkin berlaku ialah pasaran bon akan jatuh menyebabkan pelabur lari kepada emas dan perak.
Banyak lagi maklumat-maklumat yang anda boleh perolehi
daripada laporan ini. Saya harap anda boleh download dan
membacanya. Mari berkongsi ilmu!
Kongsikan laporan ini dengan semua rakan anda yang ingin
mengetahui potensi emas pada tahun 2013 dan seterusnya. Anda boleh forwardkan
artikel ini kepada mereka atau kongsikan dengan rakan-rakan FB anda.
Rakan-rakan anda pasti berterima kasih kepada anda.