Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua =)
Pada 2 Julai 2013 Saya telah dijemput oleh Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP) Kinarut, Sabah untuk berkongsi Ilmu berkenaan Pelaburan & Perniagaan Emas Fizikal. Saya sangat gembira apabila dapat berkongsi sesuatu yang baru terutamanya kepada peserta-peserta yang hampir kesemuanya adalah Usahawan.
|
Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP), Kinarut Sabah. |
Berdasarkan respon daripada peserta-peserta, saya mendapati masih ramai yang tidak menyedari bagaimana kenaikan harga emas dalam tempoh jangka masa panjang - akan memberikan keuntungan yang sangat banyak kepada penyimpan & juga pelabur. Namun begitu kriteria-kriteria penting pemilihan emas fizikal seperti harga, spread, ketulenan & faktor-faktor penting yang lain wajib diketahui terlebih dahulu.
Selain itu saya turut berkongsi tips-tips bagaimana mengelakkan diri dari terjebak dengan skim cepat kaya, mendapat keuntungan dalam keadaan harga emas yang sangat rendah seperti sekarang serta faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kenaikan & penurunan harga emas dunia.
Alhamdulillah selepas selesai seminar, ada diantara peserta yang terus memulakan simpanan Emas Fizikal & apa yang lebih menggembirakan apabila beberapa peserta terus mendaftar sebagai Agen/Dealer Public Gold. TAHNIAH kepada peserta-peserta yang telah membuat keputusan bijak disaat harga emas yang super murah!!!
Untuk rekod harga emas dunia telah jatuh sebanyak 26.3% tahun ini. Anda lihat sendiri carta dibawah - harga emas sentiasa menaik (hijau) setiap tahun, namun pada tahun ini situasi bertukar menjadi posisi menurun (merah). Anda risau tak? Ya anda harus risau jika tidak mempunyai strategi, ilmu & mentor yang betul.
|
Source : goldprice.org |
Dalam keadaan harga emas yang sangat rendah sekarang anda harus memulakan tindakan pembelian & bukan membuat penjualan. Opss, harus diingat harga emas dunia kebiasaannya akan melonjak menjelang & pada bulan Ogos pada setiap tahun.
Mmm... betul ke setiap tahun trend seakan-akan sama? Cuba anda perhatikan harga emas dibawah :)
|
Perhatikan pergerakan harga emas akan mula melonjak pada bulan Ogos setiap tahun. |
Sekiranya anda memahami analisis pergerakan harga, pada setiap kejatuhan harga emas akan ada berlaku kenaikan. Dibawah, saya tunjukkan kepada anda jualan semula saya kepada Public Gold baru-baru ini. Jika tiada keuntungan daripada kenaikan harga belian terdahulu bagaimana saya boleh menjual semula kepada syarikat pengeluar/penjual? Mestilah ada untung =)
|
Sebahagian jualan semula saya kepada Public Gold. |
Sebelum mengakhiri posting ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa" kepada semua Umat Islam di seluruh dunia. Semoga semua pembaca blog ini semakin kaya & berjaya < saya DOAKAN.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi Dealer Public Gold bersempena promosi Ramadhan dengan hanya belian 25 Dinar = harga sekitar RM14,000 pada hari ini & anda jimat RM6,000 berbanding belian asal Normal Dealer.
Jumpa lagi.