Wednesday, 25 September 2013

Jual Beli Emas Tanpa Pelanggan?

Mengetahui posisi anda sebelum membuat pembelian emas fizikal adalah sangat penting. Ini bagi mengelakkan situasi "panik" selepas membuat pembelian dimana harga emas mengalami kejatuhan.

Apa yang saya lihat hari ini masih ramai tidak mengetahui "posisi" sebagai Penyimpan, Pelabur & Peniaga Emas? Untuk menjadi Peniaga Emas anda haruslah mempunyai pelanggan atau dalam ayat yang lebih mudah - "ramai pelanggan - ANDA untung banyak & sedikit pelanggan - ANDA untung pun sedikit".

"Bagaimana menjana keuntungan melalui jual beli emas tanpa mempunyai ramai pelanggan?"

Public Gold menawarkan "spread" harga yang sangat rendah & ini membolehkan pelanggan/pelabur mendapat keuntungan melalui kenaikan harga emas.

Bagi Dealer yang tidak mempunyai pelanggan yang banyak, anda boleh membuat keuntungan dengan menjalankan urusniaga jual beli kepada Public Gold sahaja.



Anda lihat contoh kajian kes dibawah :
Harga Emas Public Gold - 3 Ogos 2013 

Harga bagi 250g Jongkong Emas Public Gold pada 3 Ogos 2013 (gambar diatas) setelah dicampur dengan kos pengangkutan bagi (Sabah/Sarawak) sebanyak RM100 adalah sebanyak RM36,407.00. Untuk transaksi ini saya telah mendapat komisyen sebanyak :
RM36,407 X 2% = RM728 (Untung A).

Harga Emas Public Gold - 26 Ogos 2013

Pada 26 Ogos 2013 harga emas telah meningkat dari 1313/oz ke 1397/oz (meningkat 6% daripada harga belian). Berdasarkan harga belian semula oleh Public Gold (PG Buy) saya telah mendapat keuntungan kenaikan nilai sebanyak :
Harga belian (PG Sell) RM36,407 - Harga jual semula RM37,163 (PG Buy) = RM756 (Untung B).

Jualan semula Jongkong Emas 250g kepada Public Gold.
Bagi urusan jual semula kepada Public Gold kiraan komisyen adalah seperti berikut :
RM37,163 X 0.5% (komisyen jual semula) = RM186 (Untung C).

Keseluruhan keuntungan : RM728 (A) + RM756 (B) + RM186 (C) = RM1670.

Selepas kenaikan harga sehingga 28 Ogos 2013 - harga emas kembali kepada posisi menurun.
Sebahagian jualan semula saya kepada Public Gold pada bulan Ogos 2013.
Inilah dinamakan "Trading" emas fizikal. Anda boleh membuat keuntungan walaupun tidak mempunyai pelanggan. Semakin banyak anda belajar, semakin banyak cara anda mempelbagaikan keuntungan dalam emas fizikal.

Gold jump 59 usd after Fed holds off on taper - 18 Sep 2013.
Opps... harus diingat, baru-baru ini harga emas telah meningkat sehingga 5% dalam sehari. Berapa profit agaknya? Tahniah buat kawan-kawan yang telah bertindak lebih pantas dari super hero diatas =)

Enjoy Ur Trading!
Thanks,

Muhamad Adzlan Yusuf
(Master Dealer/PG008610)
H/p : 012-830 9284


Wednesday, 18 September 2013

Ar-Rahnu @ POS Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mendapat tahu Pos Malaysia ada menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu dan menyediakan kemudahan pinjaman bercagarkan emas bukan sahaja dalam bentuk barang kemas tetapi jongkong, syiling dan dinar emas juga diterima.

Seperti yang diketahui sebelum ini Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank hanya menerima gadaian untuk barang kemas sahaja bermula pertengahan tahun 2011.

Wahh.. ini berita yang sangat baik kepada penyimpan-penyimpan emas di Sabah!

Tiga unit (1 dinar emas) Public Gold bersedia untuk digadaikan
Bagi mengesahkan penerimaan gadaian emas Public Gold di Ar-Rahnu Pos Kota Kinabalu, saya telah membawa 3 unit (1 dinar jenama Public Gold) untuk digadaikan.

Saya diterangkan bagaimana prosuder pinjaman bercagarkan emas oleh Pegawai Ar-Rahnu bertugas dan selepas itu beliau menjalankan ujian ketumpatan terhadap dinar emas yang ingin saya cagarkan tadi.

Ketiga-tiga unit (1 dinar) Public Gold mendapat bacaan 916 @ 22 karat

Pinjaman sebanyak 75% daripada nilai marhun
Ketika saya membuat gadaian, harga semasa emas 916 di Ar-Rahnu Pos Kota Kinabalu adalah bersamaan dengan RM121.67. Kiraannya adalah begini :

1 Dinar = 4.25g
4.25g X 3pcs = 12.75g
12.75g X RM121.67/1g = RM1551.30 (Nilai Marhun)
Upah simpan : 75 sen bagi setiap RM100 marhun = RM11.54 (sebulan)
Tempoh pinjaman : 6 bulan (6+3+3).

75% daripada RM1551.30 = RM1163.00 (Nilai Pinjaman)

Perkhidmatan terbaik @ Pos Ar-Rahnu, Kota Kinabalu!
Akhirnya urusan selesai dalam masa kurang 20 minit. Alhamdulillah... Warga Sabah dan penyimpan dinar emas Public Gold pastinya sangat gembira dengan kemudahan ini. 

PENTING : Buat pinjaman/gadaian emas fizikal dengan ilmu yang betul dan jauhi skim-skim pelaburan emas!

Pertanyaan lanjut :
Muhamad Adzlan (Master Dealer PG008610)
016-8615184 | 012-8309284

P/s: Jika ingin menghubungi admin melalui WhatsApp [KLIK DISINI]