Wednesday, 18 September 2013

Ar-Rahnu @ POS Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mendapat tahu Pos Malaysia ada menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu dan menyediakan kemudahan pinjaman bercagarkan emas bukan sahaja dalam bentuk barang kemas tetapi jongkong, syiling dan dinar emas juga diterima.

Seperti yang diketahui sebelum ini Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank hanya menerima gadaian untuk barang kemas sahaja bermula pertengahan tahun 2011.

Wahh.. ini berita yang sangat baik kepada penyimpan-penyimpan emas di Sabah!

Tiga unit (1 dinar emas) Public Gold bersedia untuk digadaikan
Bagi mengesahkan penerimaan gadaian emas Public Gold di Ar-Rahnu Pos Kota Kinabalu, saya telah membawa 3 unit (1 dinar jenama Public Gold) untuk digadaikan.

Saya diterangkan bagaimana prosuder pinjaman bercagarkan emas oleh Pegawai Ar-Rahnu bertugas dan selepas itu beliau menjalankan ujian ketumpatan terhadap dinar emas yang ingin saya cagarkan tadi.

Ketiga-tiga unit (1 dinar) Public Gold mendapat bacaan 916 @ 22 karat

Pinjaman sebanyak 75% daripada nilai marhun
Ketika saya membuat gadaian, harga semasa emas 916 di Ar-Rahnu Pos Kota Kinabalu adalah bersamaan dengan RM121.67. Kiraannya adalah begini :

1 Dinar = 4.25g
4.25g X 3pcs = 12.75g
12.75g X RM121.67/1g = RM1551.30 (Nilai Marhun)
Upah simpan : 75 sen bagi setiap RM100 marhun = RM11.54 (sebulan)
Tempoh pinjaman : 6 bulan (6+3+3).

75% daripada RM1551.30 = RM1163.00 (Nilai Pinjaman)

Perkhidmatan terbaik @ Pos Ar-Rahnu, Kota Kinabalu!
Akhirnya urusan selesai dalam masa kurang 20 minit. Alhamdulillah... Warga Sabah dan penyimpan dinar emas Public Gold pastinya sangat gembira dengan kemudahan ini. 

PENTING : Buat pinjaman/gadaian emas fizikal dengan ilmu yang betul dan jauhi skim-skim pelaburan emas!

Pertanyaan lanjut :
Muhamad Adzlan (Master Dealer PG008610)
016-8615184 | 012-8309284

P/s: Jika ingin menghubungi admin melalui WhatsApp [KLIK DISINI]

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.