Pernah anda kira berapa nilai duit tabungan selepas perbelanjaan harian?
5, 10, 20 & 50 Sen. Setiap bulan sekurang-kurangnya saya berjaya beli & simpan 10 Dirham (perak). Jika setahun dah boleh saving dengan percuma sekurang-kurangnya 120 Dirham. Teknik ini telah saya amalkan 3 tahun yang lepas! Setiap bulan saya akan tukarkan syiling tabungan kepada 10 Dirham.
Hasil tabungan dari baki perbelanjaan harian |
Sekiranya saya tukarkan syiling tersebut kepada wang kertas sudah pasti amat mudah untuk saya "bocorkan" semula wang tersebut. Ya, saya memang seorang yang sangat boros suatu ketika dahulu! sebab itu saya sentiasa tukarkan simpanan & pendapatan saya kedalam bentuk emas & perak fizikal :)
Harga 10 Dirham pada 24.02.2014 @ 416pm. |
Saya akan rujuk harga semasa pada website Public Gold (www.publicgold.com.my). Harga emas & perak keluaran Public Gold dikemaskini setiap 20 minit mengikut pasaran emas dunia. Selepas itu saya akan "Lock" harga seperti yang tertera.
Lock harga 10 Dirham. |
Kurang 2 minit urusan lock harga ini selesai. Esok saya boleh terus ke cawangan Public Gold Kota Kinabalu, buat bayaran & bawa balik syiling 10 Dirham ini.
Apa kelebihan simpanan perak fizikal?
Tidak dinafikan harga perak jatuh sebanyak 35.9% pada 2013 namun secara puratanya kenaikan harga perak adalah sekitar 16.6% setahun untuk tempoh 10 tahun ini. Saya tidak huraikan banyak berkenaan analisis teknikal & fundamental pada artikel "mudah faham" ini :) cuma saya ingin kongsikan bahawa harga perak sedang berada pada posisi menaik!
Bermula Januari 2014, harga perak telah meningkat sebanyak 11.9%. Anda boleh memulakan simpanan perak fizikal hari ini secara percuma dengan simpanan syiling tabungan anda. Selamat mencuba!
P/s : Untuk Lock harga emas & perak anda boleh terus menghubungi Admin ditalian 012-8309284. Jumpa nanti di Seminar (Mac) sekitar Borneo dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.