Emas fizikal 1 gram berketulenan 999.9 |
Ramai yang WhatsApp admin, tanya emas 1 gram keluaran Public Gold boleh dipajakkan atau tidak?
Macam tak percaya sebab emas 1 gram ni sangat comel dan ada juga yang kata saiznya macam simkad.
Untuk pengetahuan anda emas fizikal keluaran Public Gold boleh dipajakkan di POS Ar-Rahnu tanpa perlu membuka "seal". Sudah pasti berita ini sangat menggembirakan penyimpan emas jenama Public Gold!
Sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015, semua kategori emas dikenakan GST. Hanya emas yang berada didalam kategori emas pelaburan – Investment Precious Metal (IPM) dikecualikan. Emas (IPM) seperti gold bar, coin, nugget yang berketulenan 995 keatas dan mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA) dikecualikan GST.
Bermula Februari 2016, pengimport akan dikenakan GST jika gagal memastikan emas tersebut untuk tujuan pelaburan walaupun emas tersebut mendapat akreditasi (LBMA). Buat masa ini (ketika artikel dikemaskini), satu-satunya emas yang diimport dan bebas GST di Malaysia hanyalah emas jenama Public Gold.
Harga Emas POS Ar-Rahnu - 13 Mei 2015 |
Pada 13 Mei 2015, saya telah ke POS Ar-Rahnu, Kota Kinabalu untuk membuat pinjaman menggunakan jongkong emas 1 gram jenama Public Gold.
Harga semasa/harian emas di POS Ar-Rahnu akan dirujuk oleh pegawai bertugas bagi memberikan nilai semasa pinjaman. Saya telah membawa empat keping emas 1 gram 999.9 untuk dipajakkan dan jumlah pinjaman yang layak adalah seperti berikut :
Harga semasa (POS Ar-Rahnu) 999.9 = RM138.12
RM138.12 X 4pcs = RM552.48
RM552.48 X 75% = RM414.36, digenapkan kepada RM414 (Pinjaman).
Nota :
- Pinjaman boleh dibuat sehingga 75% daripada nilai marhun semasa
- Upah simpan 75 sen (sebulan) bagi setiap RM100 nilai marhun bergantung kepada nilai semasa dan tempoh pinjaman.
- Jumlah pinjaman maksimum bagi setiap pelanggan : RM30,000. (hari yang sama)
- Jumlah pinjaman terkumpul bagi setiap pelanggan : RM100,000.
- Tempoh gadaian fleksibel : 6 bulan + 3 bulan + 3 bulan.
Dalam masa kurang 20 minit, urusan pajakan emas selesai!
Saya telah membuat pinjaman sebanyak RM414 dan perlu dijelaskan dalam masa enam bulan. Memang mudah dan pantas sekiranya membuat pinjaman menggunakan emas jenama Public Gold.
PROSES TEBUSAN PINJAMAN
Selepas 16 hari, saya bercadang untuk menebus semula atau menyelesaikan pinjaman tunai dari POS Ar-Rahnu. Tempoh sebenar untuk menyelesaikan pinjaman adalah 6 bulan.
Sekiranya gagal menyelesaikan pinjaman dalam tempoh 6 bulan, anda boleh melanjutkan tempoh pinjaman selama 3 bulan lagi dengan syarat membayar upah simpan sebelum ini terlebih dahulu.
Tempoh Pinjaman : 16 Hari
Jumlah Pinjaman : RM414.
Upah Simpan : RM2.32
Amaun Tebusan : RM416.30
Nota : 4 keping emas fizikal 1 gram dikembalikan kepada saya semula seperti bentuk asal.
Jadi apa pendapat anda, mudahkan buat pinjaman menggunakan emas fizikal?
Pemilihan jenis emas atau jenama emas fizikal sebelum membuat belian adalah sangat penting untuk memaksimumkan keuntungan anda.
PENTING : Buat pinjaman/pajakan hanya bila ada keperluan dan jangan percaya teknik-teknik pajakan yang kononnya boleh menguntungkan pemajak. Hutang tetap WAJIB dibayar.
Jika anda berminat untuk mendapatkan emas 1 gram [KLIK DISINI]
eBook BISNES EMAS MODAL KECIL [KLIK DISINI]
Pertanyaan lanjut :
Muhamad Adzlan (Star Master Dealer PG008610)
016-8615184 | 012-8309284
Artikel dikemaskini : 3 April 2016