Thursday, 26 November 2020

HARGA SPOT

Harga spot adalah harga emas yang belum diproses. Untuk makluman rakan-rakan yang baru nak mula simpan emas, TIDAK ada penjual/kedai emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot.

“Spot Price” belum termasuk kos premium, minting atau pemprosesan emas mentah sehingga terbentuknya goldbar (jongkong) atau syilling emas (dinar).

Seperti komoditi lain, harga emas pasaran ditentukan oleh bekalan dan permintaan. Harga emas spot sentiasa berubah bergantung kepada bekalan dan permintaan setiap pasaran (London, Shanghai, New York, lain-lain).

Jangan silap buat perbandingan. Kalau nak banding harga emas Public Gold, bukan rujuk harga spot. Banding harga emas Public Gold dengan kedai emas lain seperti; Kedai Emas Poklong, Ahbib, Wantan atau mana-mana kedai yang menjual emas di Malaysia.

Namun begitu, harga emas murah bukanlah jaminan pelanggan boleh cepat buat untung. Perkara yang WAJIB tahu sebelum membuat belian emas fizikal adalah spread. Boleh baca artikel lama yang admin tulis KLIK DISINI

P/s: Jom belajar simpan emas dengan bajet RM100 sahaja, WhatsApp admin ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI

Friday, 13 November 2020

HARGA EMAS TURUN

Edisi Covid-19 (2nd edition) boleh dikeluarkan dari akaun GAP!

Bila harga emas turun pelabur dan penyimpan emas fizikal jadi seronok. Teknik pemurataan harga akan digunakan atau disebut “cost averaging technique".

Sebagai pelabur dan penyimpan emas, teknik ini sesuai digunakan untuk meminimumkan kos belian emas pergram dan keuntungan jangka masa panjang.
  • Umumnya dalam jangkamasa PANJANG harga emas akan NAIK
  • Dalam jangkamasa PENDEK pula situasi harga emas akan ada TURUN dan NAIK
Bagaimana teknik kos pemurataan harga boleh membantu?

Simulasi:
1. Harga emas dunia berubah setiap saat, ada masa tinggi dan ada masa rendah. Bila harga emas dunia turun, harga emas GAP ikut turun. Cuba jenguk kedai-kedai emas diluar, admin percaya masih banyak kedai yang jual harga tinggi. Tahniah sebab bijak ada akaun emas GAP, boleh beli pada harga rendah!

2. Tiada siapa tahu seberapa tinggi harga emas dan seberapa rendah harga emas pada masa depan. Jadi, saya beri contoh simulasi bagi yang simpan dalam akaun emas GAP.

Katakan sebelum ini anda membuat belian emas 1 gram pada harga:
  • RM250
  • RM260
  • RM300
  • RM275
Purata kos 1 gram emas yang dibeli adalah:
RM250 + RM260 + RM300 + RM275 = RM1,085
RM1,085 bahagi 4 = RM271.25
Jumlah keseluruhan modal yang dikeluarkan untuk beli 1 gram emas setiap bulan hanyalah RM271.25 (Jumlah gram semasa bersamaan 4 gram). Kita dapat menggunakan teknik pemurataan ini sekiranya konsisten membuat belian emas setiap bulan.

"Konsisten simpan emas adalah WINNING FORMULA paling kuno tapi berkesan. Penyimpan emas fokus pada jumlah GRAM yang disimpan, bukan HARGA"

Bantuan lanjut boleh WhatsApp admin ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI

Jom belajar BISNES EMAS MODAL KECIL KLIK DISINI

Thursday, 4 June 2020

SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE (SEPP)

Baru-baru ini admin terima beberapa pertanyaan tentang kaedah belian emas melalui Syariah Easy Payment Purchase (SEPP). Ada dua bentuk penerangan yang saya akan berikan:

1. PENERANGAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam merujuk kepada orang yang tidak belajar dalam bidang syariah dan bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan. Untuk orang awam, urusniaga belian melalui Syariah Easy Payment Purchase (SEPP) ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors.

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau sentiasa menjadi sumber rujukan samada di dalam mahupun di luar negara.

Maklumat berkenaan Amanie Advisors, layari https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu dipatuhi oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Setelah Public Gold berjaya mematuhi SOP yang ditetapkan, maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga melalui SEPP ini.

Sijil patuh syariah Public Gold yang telah dikeluarkan oleh Amanie Advisors
Untuk orang awam dan juga pelanggan Public Gold, (gambar di atas) adalah bukti sijil kepatuhan syariah. 


2. PENERANGAN KEPADA ORANG AHLI

Orang ahli merujuk kepada orang yang pakar di dalam bidang mualamat (muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia).

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian emas secara SEPP adalah seperti berikut:

Apabila membuat tempahan, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘𝒘𝒂’𝒂𝒅’ atau persetujuan untuk membeli emas pada harga tertentu.

Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉’.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas dan Public Gold akan menyerahkan emas tersebut kepada pembeli.

Ketika inilah akad jual beli akan berlaku. Emas akan bertukar tangan di cawangan Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit kepada pembeli. 

Semoga penerangan ini dapat membantu bagi anda yang ingin membuat belian emas secara ansuran.

P/s: Kalau nak belajar "basic" simpanan emas dan mendapatkan panduan percuma, WhatsApp admin ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI

Wednesday, 27 May 2020

WEALTH CARD

Bermula 2018, semua Ejen/Dealer berdaftar Public Gold wajib memiliki Wealth Card. Fungsi Wealth Card ni lebih kurang macam ID yang membuktikan kita adalah Dealer yang sah.

Ketika saya berdaftar sebagai Dealer Public Gold tahun 2011, Wealth Card belum wujud. Untung Dealer-dealer baru sekarang sebab banyak kemudahan yang Public Gold sediakan untuk mengembangkan bisnes.

Wealth Card disertakan dengan baucer diskaun
Wealth Card ni bukan sekadar kad, tapi disertakan dengan jongkong emas tulen (999.9) seberat 0.5 gram. Wealth Card dan jongkong emas ini boleh dijual semula atau dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan tunai.

KELEBIHAN WEALTH CARD PUBLIC GOLD
  1. Nama pemilik Wealth Card dicetak pada kad
  2. Terdapat jongkong emas tulen seberat 0.5 gram bernilai RM200 pada Wealth Card
  3. Baucer diskaun RM10 sebanyak 10 keping bagi pembelian jongkong emas
  4. Baucer diskaun RM20 sebanyak 10 keping bagi pembelian jongkong perak 
  5. Wealth Card Public Gold boleh digunakan di restoran, kedai serbaneka dan hotel terpilih (tertakluk terma dan syarat)
  6. E-coupon RM10 untuk pembelian di PG Mall (boleh guna sebanyak 5 kali)
  7. Wealth Card ini boleh dipajak di Ar-Rahnu Pos (kalau tak percaya boleh cuba... Hahaa...)
  8. Wealth Card jenama Public Gold bebas SST.
Wealth Card disertakan jongkong emas tulen 0.5 gram
SOALAN: Jika status hanya customer (pelanggan) boleh tak beli Wealth Card?

Yes, sudah tentu boleh!

Hubungi admin ditalian 016-861 5184 untuk bantuan atau KLIK DISINI

Tuesday, 26 May 2020

AKAUN TIDAK AKTIF

Bila harga emas melonjak naik kepada RM262/gram baru-baru ini, ramai pelanggan berdaftar Public Gold yang telah lama "menyepi" kembali memilih emas fizikal sebagai pelaburan alternatif selain Tabung Haji dan ASB.

Harga GAP tertinggi dalam sejarah RM262/gram
Namun masalah yang sering berlaku kepada pelanggan berdaftar adalah tidak mengenali Introducer. 

Yes, ramai yang tidak mengenali Introducer sendiri!

Saya bagi contoh situasi yang sering berlaku:

Siti pada tahun 2015 pernah membeli emas 10 gram dan meletakkan Lim sebagai Introducer. Pada tahun 2020, Siti ingin membuat belian emas fizikal semula namun beliau tidak dapat menghubungi Lim (status - Dealer tidak aktif).

Akaun Siti yang telah hampir 5 tahun tidak membuat belian juga berstatus tidak aktif. 

Sebab itu PENTING, pada belian kali pertama cari Introducer yang berpengalaman dan mempunyai rekod baik bersama Public Gold.

Untuk mengaktifkan semula akaun, Siti perlu:

1. Mencari Introducer baru. Kalau ingin berdaftar dibawah admin, boleh terus WhatsApp 016-861 5184 atau KLIK DISINI

2. Membuat belian emas sebanyak 5 gram (boleh guna kaedah GAP).

Admin akan membantu untuk mengaktifkan semula akaun dengan menghantar permohonan  baru kepada Public Gold. Dalam tempoh 48 jam (2 hari bekerja), status akaun akan dapat diaktifkan semula.

Tuesday, 19 May 2020

CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

Ada banyak kaedah untuk membuat belian emas jenama Public Gold. Anda boleh pilih cara yang paling mudah bergantung kepada keselesaan masing-masing. Saya terangkan secara ringkas (4) kaedah belian emas:

1. OUTRIGHT PURCHASE - LOCK HARGA

Untuk menggunakan kaedah ini, pelanggan perlu memiliki PG Code terlebih dahulu. Biasanya pelanggan yang menggunakan kaedah OUTRIGHT PURCHASE adalah pembeli yang ingin menyimpan sendiri emas fizikal. Proses pembelian melalui OUTRIGHT PURCHASE:

  • Lock harga melalui website Public Gold
  • Bayaran ke akaun bank ke Public Gold setelah menerima invoice
  • Datang ke cawangan Public Gold terdekat untuk mengambil emas fizikal
Rujuk harga PG Sell jika ingin membuat belian
Untuk belian kali pertama (belum memiliki PG Code), saya nasihatkan anda untuk menghubungi admin ditalian 016-861 5184 bagi memudahkan urusan belian. Pembeli yang menggunakan kaedah OUTRIGHT PURCHASE biasanya mempunyai bajet 10 gram dan keatas.


2. SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE (SEPP) - BELIAN SECARA ANSURAN

Public Gold turut menyediakan kemudahan pembelian emas secara ansuran selama 4 atau 10 bulan. Sila minta bantuan Introducer atau boleh login ke website Public Gold (jika telah memiliki PG Code) untuk membuat place order.

Contoh jadual bayaran secara ansuran selama 4 bulan
Selesai semua bayaran, anda boleh ke cawangan Public Gold untuk mendapatkan emas fizikal.


3. WALK-IN (CASH AND CARRY)

Walaupun kebanyakan pelanggan lebih suka menggunakan kaedah tempahan secara online, masih ada juga pelanggan yang lebih selesa datang sendiri ke cawangan Public Gold. Biasanya pelanggan yang lebih berusia dan tidak memiliki online banking memilih untuk datang secara walk-in ke cawangan kami.

Kaedah ini sama seperti kedai emas biasa, bayar dan bawa balik emas, Sekiranya anda datang secara walk-in, maklumkan kepada staff kami untuk meletakkan Adzlan (Master PG008610) sebagai Introducer. Jangan lupa untuk menghubungi admin ditalian 016-861 5184 untuk mendapatkan panduan simpan emas patuh syariah secara PERCUMA.


4. GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)

Kaedah belian emas paling popular adalah menggunakan akaun emas GAP. Ketika artikel ini ditulis, sebanyak 222,201 orang telah memiliki akaun emas GAP di Malaysia. Belian boleh dibuat dengan harga paling minimum RM100 sahaja.

Harga emas GAP dikemaskini setiap hari pada jam 12:00 malam
Jika ingin mendapatkan info penuh dan panduan PERCUMA cara memulakan simpanan melalui akaun emas GAP, anda boleh WhatsApp admin sekarang ditalian 016-861 5184.

Tuesday, 12 May 2020

10 KELEBIHAN JENAMA PUBLIC GOLD

1. Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama. 

Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran. Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran. Sejak perlaksanaan GST pada April 2015, Public Gold satu-satunya emas jenama tempatan (selain Kijang Emas BNM) yang bebas GST. Ini disebabkan emas Public Gold versi terbaru mendapat pengiktirafan daripada London Bullion Market Association (LBMA).

2. Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.  Spread emas Public Gold cuma 5% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran, selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH). Pembeli emas Public Gold paling aktif jual beli emas di Malaysia disebabkan spread yang rendah atau nipis. Bila harga emas naik sikit jer pembeli dah boleh jual untuk dapat untung. Tak perlu tunggu lama-lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh start beli balik.

Susut nilai gold bar 250 gram cuma 6%. Kalau barga emas naik 10%, dah untung at least 4%. Spread berbeza mengikut item. Lebih besar saiz emas, lebih rendah kadar spread. Maksudnya, item lebih besar lebih cepat untung bila berlaku kenaikan harga emas. Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer).

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 3.7% (6% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 1.3%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

3. Andai harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock . Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2013, bulan Mac 2014 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.

Saya perhati ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Harga murah pun tak berguna. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.

4. Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat tahun 2017, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk satu di Singapura dan satu di Jakarta (Indonesia). Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis). Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang kurang modal. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.

5. Sejak tahun 2011 saya melibatkan diri dalam pelaburan emas, saya perhati Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dan sebagainya asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.

Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal atau sarung plastiknya rosak pun dah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka sarung plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold” atau “emas terpakai”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, tak payah cerita lah…

6. Emas Public Gold paling diterima meluas oleh Ar-Rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi Ar-Rahnu termasuk dua Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yang lebih menarik, terdapat 4 Ar-Rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik untuk uji ketulenan iaitu:
  • Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
  • Ar-Rahnu Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
  • Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
  • Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)
7. Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik. 

Lagi menarik, sekarang Public Gold dah ada kaedah belian yang dinamakan Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj. Kalau nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. Kalau nak jual pun, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun.

8. Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli. Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar. 

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! 

9. Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh  Ar-Rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

Kalau beli emas sebanyak 200 gram dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold secara PERCUMA! Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu contohnya RM1,000 untuk layak jadi dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma sahaja. Kalau beli emas 200 gram hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian KEDUA dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping 1 dinar.

10. Ada TUJUH kelebihan utama sebagai dealer emas Public Gold. Anda boleh pilih samada menjadi dealer Public Gold yang aktif dan menjana pendapatan sebagai dealer atau sekadar untuk dapat rebat atas belian sendiri. Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (jika ada modal).

Public Gold telah mendapat sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia. Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

Bersama Founder Public Gold, Dato' Wira Louis Ng
Tahniah sebab BERJAYA baca sampai habis.

Jangan tunggu lagi, MULAKAN simpanan emas sekarang!

PENTING:

Pertanyaan lanjut:
Adzlan Yusuf (Master Dealer PG008610)
016-861 5184

Sunday, 3 May 2020

"BOLEH PERCAYA KE PUBLIC GOLD?"

Baru-baru ini saya terima pertanyaan dari WhatsApp, 

"BOLEH PERCAYA KE PUBLIC GOLD?"

Kalau terima soalan ini pada tahun 2011 mungkin masih logik tapi bila dapat pertanyaan seperti ini pada tahun 2020, saya yakin sahabat baru ini tidak pernah study atau "google" tentang Public Gold.

Saya nak tulis panjang lebar tentang sejarah penubuhan Public Gold memang tak larat, sebab syarikat telah ditubuhkan pada tahun 2008. Jika nak kaji secara mendalam saya cadangkan baca info yang telah disediakan oleh Public Gold di laman web utama syarikat DISINI

Bagi saya cukuplah dengan logik akal, bagaimana syarikat gergasi seperti Pos Malaysia Bhd. boleh menjalinkan kerjasama melalui anak syarikatnya (Pos Ar-Rahnu) dengan Public Gold. Sudah pasti Pos Malaysia telah menyiasat latar belakang Public Gold sebelum bersetuju menjalinkan kerjasama ini.

Harian Metro - 26 November 2015
Pos Ar-Rahnu juga menerima pajakan semua emas jenama Public Gold tanpa syarat-syarat yang menyusahkan pelanggan. Pengalaman saya membuat pinjaman menggunakan emas di Pos Ar-Rahnu BACA DISINI

Untuk rekod sejak beroperasi dari tahun 2008, TIDAK pernah berlaku kes Public Gold gagal menyerahkan emas fizikal setelah pembayaran dibuat oleh pelanggan. Kesemua pelanggan Public Gold akan menerima emas fizikal yang telah dibeli (selepas pembayaran penuh/selesai).

Rekod bersih ini kekal hingga sekarang!


Sijil patuh syariah bagi urusan jual beli Public Gold
Public Gold adalah satu-satunya syarikat (bukan Institusi Kewangan) jual beli emas fizikal di Malaysia yang disahkan patuh syariah. Pengesahan ini telah berjaya meningkatkan kredibiliti Public Gold dan memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan Muslim.

Pembeli emas Public Gold boleh berjual beli dengan penuh yakin kerana individu yang mengesahkan pematuhan syariah Public Gold adalah seorang pakar syariah yang bukan sahaja disegani di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa. Beliau adalah Datuk Dr Mohd Daud Bakar (Executive Chairman), Amanie Advisors Sdn. Bhd. dan merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Info lanjut tentang latar belakang panel syariah Public Gold boleh layari https://amanieadvisors.com/

Pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records
Selain itu Public adalah syarikat emas pertama di Malaysia yang mempunyai kilang dan mencetak sendiri jongkong emas (anugerah ni pada tahun 2008). Ada berpuluh lagi anugerah dan pengiktirafan yang Public Gold telah terima sehingga 2020. Kalau nak tengok semua pengiktirafan tu, KLIK DISINI

Rasanya dah cukup penjelasan tentang Public Gold (harap "link" yang disertakan dapat dibaca). Nak buat kajian wajib rajin membaca, bukan dengan percaya BERITA-BERITA PALSU.

Last sekali, rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan "SELAMAT BERPUASA".

P/s: Buat rakan-rakan baru, WhatsApp admin ditalian 016-8615184 atau KLIK DISINI untuk mendapatkan panduan percuma cara mula simpan emas dengan bajet minimum.

Friday, 31 January 2020

TEMPAH SEKARANG EDISI RAYA 2020!

1st Design RAYA 2020 SOLD OUT!
Jongkong emas edisi RAYA 2020 (1st Design) SOLD OUT dalam tempah 48 jam!

Seperti yang admin pernah tulis sebelum ini, sebenarnya bukanlah perkara luar biasa SOLD OUT dalam tempoh 48 jam kerana Public Gold memiliki lebih 211,000 orang pelanggan berdaftar. Sudah pasti Dealer/Ejen akan membuat belian dalam kuantiti yang banyak untuk dijual menjelang Aidilfitri nanti.

2nd Design RAYA 2020
Public Gold baru sahaja melancarkan edisi RAYA 2020 (2nd Design). Saya yakin 2nd Design ini akan terjual dalam masa yang singkat disebabkan ilustrasi pada kad yang lebih menarik (hanya 10,000 keping dicetak).

Tempahan minimum adalah sebanyak 5 keping (RM1,225). Namun sekiranya anda hanya ingin membeli 1 keping sahaja, WhatsApp admin ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI untuk bantuan dan pertanyaan lanjut.

P/s: BISNES EMAS MODAL KECIL tanpa perlu menjadi Dealer/Ejen KLIK DISINI

Friday, 24 January 2020

JONGKONG EMAS EDISI RAYA 2020!

Edisi Raya 2020
Public Gold baru sahaja melancarkan jongkong emas edisi RAYA 2020 pada 23 Januari 2020. Dalam tempoh kurang 12 jam, Pre-order untuk 1st Batch telah SOLD OUT!

Untuk makluman, Public Gold hanya mencetak sebanyak 10,000 keping jongkong emas edisi RAYA 2020. Pelanggan berdaftar Public Gold sahaja telah melebihi 211,000 orang. Jadi sebenarnya bukanlah perkara luar biasa sekiranya jongkong emas edisi RAYA 2020 ini berjaya dijual dengan begitu pantas.

1st batch SOLD OUT dalam tempoh kurang 12 jam!
Jongkong emas edisi RAYA 2020 dijual dalam bentuk set (1 set = 10 keping) dan dijual pada harga RM2,450 (2nd Batch).

Bolehkah sekiranya membuat belian 1 keping sahaja?

YES sudah tentu boleh,  cuma beli dalam bentuk set akan dapat harga lebih JIMAT. 

Untuk tempahan, sila WhatsApp admin ditalian 016-861 5184 atau KLIK DISINI

P/s : Nak belajar BISNES EMAS MODAL KECIL KLIK DISINI

Thursday, 9 January 2020

JONGKONG EMAS EDISI RAT

Berita gembira kepada pelanggan berdaftar Public Gold, jongkong emas 1 gram edisi RAT sudah boleh dikeluarkan melalui akaun emas GAP!

Jongkong emas edisi RAT, berketulenan 999.9

Bagaimana cara mendapatkan emas fizikal 1 gram?

1. Jika baki simpanan GAP adalah 2 gram, boleh datang ke cawangan Public Gold terdekat untuk mengeluarkan emas fizikal (*baki minimum 1 gram untuk akaun GAP kekal aktif).

2. Sebelum datang, sila hubungi cawangan Public Gold terlebih dahulu supaya stok disediakan lebih awal. Elakkan datang secara walk-in sekiranya menetap jauh dari cawangan. Kesian bossku nanti datang dari jauh tapi stok dah "sold out".

3. Selepas staff Public Gold respon sama ada stok (edisi jongkong emas) yang ingin dikeluarkan dari akaun GAP tersedia, anda boleh terus ke cawangan pilihan untuk mendapatkan emas fizikal.



P/s : Sempena tahun baru 2020, ini peluang baik untuk anda membuat bisnes emas secara part-time. Kalau nak belajar Bisnes Emas Modal Kecil KLIK DISINI


Pertanyaan lanjut:
Adzlan Yusuf
Star Master Dealer (PG008610)
016-861 5184

Wednesday, 8 January 2020

HARGA EMAS MELONJAK NAIK 2020!

Salam Semua.

Rasanya belum terlambat lagi untuk admin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2020.

Macam mana azam tahun lepas untuk simpan 1 kilogram emas?
Kalau tak tercapai pun atleast ada 12 gram dalam akaun GAP dah cukup bagus. Apa yang merisaukan jika sehingga sekarang masih belum memiliki simpanan emas fizikal. Bukan perlu modal beribu pun untuk mula, dengan RM100 sahaja anda sudah boleh memiliki akaun GAP.

Jumlah pemilik simpanan emas menggunakan GAP pada awal Januari adalah sebanyak 210,084 orang.

Semalam harga emas melonjak naik dan untuk rekod ini adalah harga tertinggi emas di Malaysia. Kenaikan luar biasa ini disebabkan oleh serangan peluru berpandu ke atas beberapa pengkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat. Sasaran serangan tersebut adalah pengkalan udara Al-Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara. Jabatan Pertahanan Amerika juga telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan serangan tersebut.


Ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Iran ini memuncak selepas pembunuhan jeneral tertinggi Iran, Qasem Soleimani oleh serangan udara Amerika berdekatan Lapangan Terbang Baghdad pada Jumaat lepas. Harga emas dan minyak melonjak naik ketika krisis seperti peperangan berlaku.

Admin sendiri menerima banyak pertanyaan daripada rakan-rakan baru. Ye lah, bila dengar orang dapat untung simpan emas; dulu beli RM130/gram dan sekarang harga dah naik kepada RM219/gram. Kenaikan nilai sebanyak 68% tu bossku!

Promosi terbaru Public Gold sehingga 12 Januari 2020
Public Gold membuka peluang kepada pelanggan yang membuat belian sebanyak 30 gram emas, secara automatik layak sebagai dealer/ejen berdaftar kami. Apa yang lebih menarik, bayaran boleh dibuat secara ansuran selama 10 bulan (anggaran bayaran bulanan sekitar RM660).

Pertanyaan lanjut cara memulakan simpanan emas dengan bajet RM100 atau ingin menggunakan Promosi Gold Rush, hubungi admin melalui WhatsApp KLIK DISINI

P/s : Nak belajar Bisnes EMAS MODAL KECIL KLIK DISINI

Adzlan Yusuf
Facebook : Adzlan Yusuf
Star Master Dealer (PG008610)
016-861 5184