Wednesday, 27 May 2020

WEALTH CARD

Bermula 2018, semua Ejen/Dealer berdaftar Public Gold wajib memiliki Wealth Card. Fungsi Wealth Card ni lebih kurang macam ID yang membuktikan kita adalah Dealer yang sah.

Ketika saya berdaftar sebagai Dealer Public Gold tahun 2011, Wealth Card belum wujud. Untung Dealer-dealer baru sekarang sebab banyak kemudahan yang Public Gold sediakan untuk mengembangkan bisnes.

Wealth Card disertakan dengan baucer diskaun
Wealth Card ni bukan sekadar kad, tapi disertakan dengan jongkong emas tulen (999.9) seberat 0.5 gram. Wealth Card dan jongkong emas ini boleh dijual semula atau dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan tunai.

KELEBIHAN WEALTH CARD PUBLIC GOLD
  1. Nama pemilik Wealth Card dicetak pada kad
  2. Terdapat jongkong emas tulen seberat 0.5 gram bernilai RM200 pada Wealth Card
  3. Baucer diskaun RM10 sebanyak 10 keping bagi pembelian jongkong emas
  4. Baucer diskaun RM20 sebanyak 10 keping bagi pembelian jongkong perak 
  5. Wealth Card Public Gold boleh digunakan di restoran, kedai serbaneka dan hotel terpilih (tertakluk terma dan syarat)
  6. E-coupon RM10 untuk pembelian di PG Mall (boleh guna sebanyak 5 kali)
  7. Wealth Card ini boleh dipajak di Ar-Rahnu Pos (kalau tak percaya boleh cuba... Hahaa...)
  8. Wealth Card jenama Public Gold bebas SST.
Wealth Card disertakan jongkong emas tulen 0.5 gram
SOALAN: Jika status hanya customer (pelanggan) boleh tak beli Wealth Card?

Yes, sudah tentu boleh!

Hubungi admin ditalian 016-861 5184 untuk bantuan atau KLIK DISINI

Tuesday, 26 May 2020

AKAUN TIDAK AKTIF

Bila harga emas melonjak naik kepada RM262/gram baru-baru ini, ramai pelanggan berdaftar Public Gold yang telah lama "menyepi" kembali memilih emas fizikal sebagai pelaburan alternatif selain Tabung Haji dan ASB.

Harga GAP tertinggi dalam sejarah RM262/gram
Namun masalah yang sering berlaku kepada pelanggan berdaftar adalah tidak mengenali Introducer. 

Yes, ramai yang tidak mengenali Introducer sendiri!

Saya bagi contoh situasi yang sering berlaku:

Siti pada tahun 2015 pernah membeli emas 10 gram dan meletakkan Lim sebagai Introducer. Pada tahun 2020, Siti ingin membuat belian emas fizikal semula namun beliau tidak dapat menghubungi Lim (status - Dealer tidak aktif).

Akaun Siti yang telah hampir 5 tahun tidak membuat belian juga berstatus tidak aktif. 

Sebab itu PENTING, pada belian kali pertama cari Introducer yang berpengalaman dan mempunyai rekod baik bersama Public Gold.

Untuk mengaktifkan semula akaun, Siti perlu:

1. Mencari Introducer baru. Kalau ingin berdaftar dibawah admin, boleh terus WhatsApp 016-861 5184 atau KLIK DISINI

2. Membuat belian emas sebanyak 5 gram (boleh guna kaedah GAP).

Admin akan membantu untuk mengaktifkan semula akaun dengan menghantar permohonan  baru kepada Public Gold. Dalam tempoh 48 jam (2 hari bekerja), status akaun akan dapat diaktifkan semula.

Tuesday, 19 May 2020

CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

Ada banyak kaedah untuk membuat belian emas jenama Public Gold. Anda boleh pilih cara yang paling mudah bergantung kepada keselesaan masing-masing. Saya terangkan secara ringkas (4) kaedah belian emas:

1. OUTRIGHT PURCHASE - LOCK HARGA

Untuk menggunakan kaedah ini, pelanggan perlu memiliki PG Code terlebih dahulu. Biasanya pelanggan yang menggunakan kaedah OUTRIGHT PURCHASE adalah pembeli yang ingin menyimpan sendiri emas fizikal. Proses pembelian melalui OUTRIGHT PURCHASE:

  • Lock harga melalui website Public Gold
  • Bayaran ke akaun bank ke Public Gold setelah menerima invoice
  • Datang ke cawangan Public Gold terdekat untuk mengambil emas fizikal
Rujuk harga PG Sell jika ingin membuat belian
Untuk belian kali pertama (belum memiliki PG Code), saya nasihatkan anda untuk menghubungi admin ditalian 016-861 5184 bagi memudahkan urusan belian. Pembeli yang menggunakan kaedah OUTRIGHT PURCHASE biasanya mempunyai bajet 10 gram dan keatas.


2. SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE (SEPP) - BELIAN SECARA ANSURAN

Public Gold turut menyediakan kemudahan pembelian emas secara ansuran selama 4 atau 10 bulan. Sila minta bantuan Introducer atau boleh login ke website Public Gold (jika telah memiliki PG Code) untuk membuat place order.

Contoh jadual bayaran secara ansuran selama 4 bulan
Selesai semua bayaran, anda boleh ke cawangan Public Gold untuk mendapatkan emas fizikal.


3. WALK-IN (CASH AND CARRY)

Walaupun kebanyakan pelanggan lebih suka menggunakan kaedah tempahan secara online, masih ada juga pelanggan yang lebih selesa datang sendiri ke cawangan Public Gold. Biasanya pelanggan yang lebih berusia dan tidak memiliki online banking memilih untuk datang secara walk-in ke cawangan kami.

Kaedah ini sama seperti kedai emas biasa, bayar dan bawa balik emas, Sekiranya anda datang secara walk-in, maklumkan kepada staff kami untuk meletakkan Adzlan (Master PG008610) sebagai Introducer. Jangan lupa untuk menghubungi admin ditalian 016-861 5184 untuk mendapatkan panduan simpan emas patuh syariah secara PERCUMA.


4. GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)

Kaedah belian emas paling popular adalah menggunakan akaun emas GAP. Ketika artikel ini ditulis, sebanyak 222,201 orang telah memiliki akaun emas GAP di Malaysia. Belian boleh dibuat dengan harga paling minimum RM100 sahaja.

Harga emas GAP dikemaskini setiap hari pada jam 12:00 malam
Jika ingin mendapatkan info penuh dan panduan PERCUMA cara memulakan simpanan melalui akaun emas GAP, anda boleh WhatsApp admin sekarang ditalian 016-861 5184.

Tuesday, 12 May 2020

10 KELEBIHAN JENAMA PUBLIC GOLD

1. Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama. 

Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran. Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran. Sejak perlaksanaan GST pada April 2015, Public Gold satu-satunya emas jenama tempatan (selain Kijang Emas BNM) yang bebas GST. Ini disebabkan emas Public Gold versi terbaru mendapat pengiktirafan daripada London Bullion Market Association (LBMA).

2. Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.  Spread emas Public Gold cuma 5% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran, selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH). Pembeli emas Public Gold paling aktif jual beli emas di Malaysia disebabkan spread yang rendah atau nipis. Bila harga emas naik sikit jer pembeli dah boleh jual untuk dapat untung. Tak perlu tunggu lama-lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh start beli balik.

Susut nilai gold bar 250 gram cuma 6%. Kalau barga emas naik 10%, dah untung at least 4%. Spread berbeza mengikut item. Lebih besar saiz emas, lebih rendah kadar spread. Maksudnya, item lebih besar lebih cepat untung bila berlaku kenaikan harga emas. Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer).

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 3.7% (6% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 1.3%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.

3. Andai harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu. Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock . Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2013, bulan Mac 2014 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih.

Saya perhati ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Harga murah pun tak berguna. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.

4. Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat tahun 2017, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk satu di Singapura dan satu di Jakarta (Indonesia). Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis). Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang kurang modal. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.

5. Sejak tahun 2011 saya melibatkan diri dalam pelaburan emas, saya perhati Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dan sebagainya asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.

Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal atau sarung plastiknya rosak pun dah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka sarung plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold” atau “emas terpakai”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, tak payah cerita lah…

6. Emas Public Gold paling diterima meluas oleh Ar-Rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi Ar-Rahnu termasuk dua Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yang lebih menarik, terdapat 4 Ar-Rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik untuk uji ketulenan iaitu:
  • Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
  • Ar-Rahnu Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
  • Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
  • Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)
7. Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik. 

Lagi menarik, sekarang Public Gold dah ada kaedah belian yang dinamakan Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj. Kalau nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. Kalau nak jual pun, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun.

8. Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli. Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar. 

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! 

9. Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh  Ar-Rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

Kalau beli emas sebanyak 200 gram dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold secara PERCUMA! Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu contohnya RM1,000 untuk layak jadi dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma sahaja. Kalau beli emas 200 gram hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian KEDUA dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping 1 dinar.

10. Ada TUJUH kelebihan utama sebagai dealer emas Public Gold. Anda boleh pilih samada menjadi dealer Public Gold yang aktif dan menjana pendapatan sebagai dealer atau sekadar untuk dapat rebat atas belian sendiri. Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (jika ada modal).

Public Gold telah mendapat sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia. Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

Bersama Founder Public Gold, Dato' Wira Louis Ng
Tahniah sebab BERJAYA baca sampai habis.

Jangan tunggu lagi, MULAKAN simpanan emas sekarang!

PENTING:

Pertanyaan lanjut:
Adzlan Yusuf (Master Dealer PG008610)
016-861 5184

Sunday, 3 May 2020

"BOLEH PERCAYA KE PUBLIC GOLD?"

Baru-baru ini saya terima pertanyaan dari WhatsApp, 

"BOLEH PERCAYA KE PUBLIC GOLD?"

Kalau terima soalan ini pada tahun 2011 mungkin masih logik tapi bila dapat pertanyaan seperti ini pada tahun 2020, saya yakin sahabat baru ini tidak pernah study atau "google" tentang Public Gold.

Saya nak tulis panjang lebar tentang sejarah penubuhan Public Gold memang tak larat, sebab syarikat telah ditubuhkan pada tahun 2008. Jika nak kaji secara mendalam saya cadangkan baca info yang telah disediakan oleh Public Gold di laman web utama syarikat DISINI

Bagi saya cukuplah dengan logik akal, bagaimana syarikat gergasi seperti Pos Malaysia Bhd. boleh menjalinkan kerjasama melalui anak syarikatnya (Pos Ar-Rahnu) dengan Public Gold. Sudah pasti Pos Malaysia telah menyiasat latar belakang Public Gold sebelum bersetuju menjalinkan kerjasama ini.

Harian Metro - 26 November 2015
Pos Ar-Rahnu juga menerima pajakan semua emas jenama Public Gold tanpa syarat-syarat yang menyusahkan pelanggan. Pengalaman saya membuat pinjaman menggunakan emas di Pos Ar-Rahnu BACA DISINI

Untuk rekod sejak beroperasi dari tahun 2008, TIDAK pernah berlaku kes Public Gold gagal menyerahkan emas fizikal setelah pembayaran dibuat oleh pelanggan. Kesemua pelanggan Public Gold akan menerima emas fizikal yang telah dibeli (selepas pembayaran penuh/selesai).

Rekod bersih ini kekal hingga sekarang!


Sijil patuh syariah bagi urusan jual beli Public Gold
Public Gold adalah satu-satunya syarikat (bukan Institusi Kewangan) jual beli emas fizikal di Malaysia yang disahkan patuh syariah. Pengesahan ini telah berjaya meningkatkan kredibiliti Public Gold dan memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan Muslim.

Pembeli emas Public Gold boleh berjual beli dengan penuh yakin kerana individu yang mengesahkan pematuhan syariah Public Gold adalah seorang pakar syariah yang bukan sahaja disegani di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa. Beliau adalah Datuk Dr Mohd Daud Bakar (Executive Chairman), Amanie Advisors Sdn. Bhd. dan merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Info lanjut tentang latar belakang panel syariah Public Gold boleh layari https://amanieadvisors.com/

Pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records
Selain itu Public adalah syarikat emas pertama di Malaysia yang mempunyai kilang dan mencetak sendiri jongkong emas (anugerah ni pada tahun 2008). Ada berpuluh lagi anugerah dan pengiktirafan yang Public Gold telah terima sehingga 2020. Kalau nak tengok semua pengiktirafan tu, KLIK DISINI

Rasanya dah cukup penjelasan tentang Public Gold (harap "link" yang disertakan dapat dibaca). Nak buat kajian wajib rajin membaca, bukan dengan percaya BERITA-BERITA PALSU.

Last sekali, rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan "SELAMAT BERPUASA".

P/s: Buat rakan-rakan baru, WhatsApp admin ditalian 016-8615184 atau KLIK DISINI untuk mendapatkan panduan percuma cara mula simpan emas dengan bajet minimum.