Sunday, 21 March 2021

HARGA EMAS TURUN APA NAK BUAT?


“Harga emas turun, Dr. Aldasir semakin berselera tapau!”

Harga emas TURUN apa nak buat?
Gunakan teknik pemurataan atau dikenali sebagai “cost averaging technique". Sebagai pelabur dan penyimpan emas teknik kos pemurataan sesuai digunakan untuk meminimumkan kos belian emas pergram dan kaut keuntungan jangka masa panjang.

Secara umum dalam jangkamasa yang PANJANG, harga emas akan NAIK. Dalam jangkamasa PENDEK pula situasi harga emas akan ada TURUN dan NAIK.

Bagaimana teknik kos pemurataan boleh membantu?

Admin bagi contoh simulasi bagi yang memiliki akaun emas GAP

1. Katakan buat belian emas 1 gram pada harga:
RM256
RM270
RM304 (Harga tertinggi GAP)
RM300

2. Purata kos 1 gram (akaun emas GAP) yang dibeli adalah:
RM256 + RM270 + RM304 + RM300 = RM1,130
RM1,130 bahagi 4 = RM282.50

3. Jadi, jumlah keseluruhan modal yang dikeluarkan untuk beli 1 gram emas hanyalah RM282.50 sahaja.
  • Konsisten beli setiap bulan atau beli bila dapat duit gaji, anda akan dapat harga purata yang lebih rendah!
  • Konsisten simpan emas adalah WINNING FORMULA paling kuno, tapi ia diyakini berkesan.
“Penyimpan emas fokus pada jumlah GRAM yang disimpan, bukannya HARGA. Bila harga turun, jumlah GRAM emas tidak berkurang walau 0.0001 GRAM pun dari akaun emas GAP”

P/s: Teknik averaging down atau cost averaging technique boleh juga digunakan untuk items lain seperti emas jongkong dan dinar.

WhatsApp admin KLIK DISINI

Saturday, 9 January 2021

ZAKAT EMAS

 

Jongkong emas jenama Public Gold

Zakat merupakan amalan yang dapat menyucikan diri dan harta yang dimiliki. Dalil kefardhuan ibadah zakat ini diantaranya adalah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat” (Surah An-Nur 24:56)
Dulu abang terkejut juga, bila ada yang tak nak simpan emas sebab takut bayar zakat. Buat abang lebih geram, baru nak beli 1 gram dah nak elak zakat.
Aduii...
Ini bukan cerita dongeng, tapi memang banyak kali berlaku.
Kawan,
Beli dan simpan emas 1 gram (tak perlu bayar zakat lagi).
Jika nilai emas bersamaan atau melebihi nisab 85 gram maka wajib dikeluarkan zakat 2.5% daripada nilai emas keseluruhan.
Contoh
Berat emas disimpan = 100 gram
Harga emas 1 gram = RM185 (contoh)
Nilai emas keseluruhan = RM18,500
Zakat
RM18,500 X 2.5%
= RM462.50
**Contoh kiraan sahaja. Sila berhubung dengan bahagian zakat dan fitrah (MUIS) ditalian 088-279 206 untuk pertanyaan lanjut.
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk” (Surah Al - Baqarah 2:43)


P/s: Khamis lepas, abang singgah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) tunaikan kewajipan zakat emas. Alhamdulillah dapat lagi PERCUMA 3 set YASSIN dan payung oren.

Jom kawan-kawan yang baru belajar simpan emas, letak azam bayar zakat emas pada masa depan!
Semoga berjaya semua. InsyaAllah.

Artikel ini dari tulisan facebook Adzlan Yusuf (klik follow)

Pertanyaan lanjut WhatsApp admin 016-861 5184 atau KLIK DISINI