Jongkong emas jenama Public Gold |
Zakat merupakan amalan yang dapat menyucikan diri dan harta yang dimiliki. Dalil kefardhuan ibadah zakat ini diantaranya adalah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat” (Surah An-Nur 24:56)
Dulu abang terkejut juga, bila ada yang tak nak simpan emas sebab takut bayar zakat. Buat abang lebih geram, baru nak beli 1 gram dah nak elak zakat.
Aduii...
Ini bukan cerita dongeng, tapi memang banyak kali berlaku.
Kawan,
Beli dan simpan emas 1 gram (tak perlu bayar zakat lagi).
Jika nilai emas bersamaan atau melebihi nisab 85 gram maka wajib dikeluarkan zakat 2.5% daripada nilai emas keseluruhan.
Contoh
Berat emas disimpan = 100 gram
Harga emas 1 gram = RM185 (contoh)
Nilai emas keseluruhan = RM18,500
Zakat
RM18,500 X 2.5%
= RM462.50
**Contoh kiraan sahaja. Sila berhubung dengan bahagian zakat dan fitrah (MUIS) ditalian 088-279 206 untuk pertanyaan lanjut.
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk” (Surah Al - Baqarah 2:43)
P/s: Khamis lepas, abang singgah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) tunaikan kewajipan zakat emas. Alhamdulillah dapat lagi PERCUMA 3 set YASSIN dan payung oren.
Jom kawan-kawan yang baru belajar simpan emas, letak azam bayar zakat emas pada masa depan!
Semoga berjaya semua. InsyaAllah.
Artikel ini dari tulisan facebook Adzlan Yusuf (klik follow)
Pertanyaan lanjut WhatsApp admin 016-861 5184 atau KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.